Resepi Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus

Bahan- bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu mentega

Cara Membuatnya:
  1. Masak gula bersama air panas sehingga cair. Kemudian masukkan mentega. Apabila semua sudah cair. Biarkan ia sejuk
  2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat.
  3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi.  Masukkan pula gula yang dah cair tadi. Gaul hingga serata. Tuang adunan dalam loyang dan perap adunan selama 3 jam.
  4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. Lagi Resepi...

6 Responses to "Resepi Kek Gula Hangus"

  1. Assalamualaikum,,,tuan admin.
    mohon kebenaran, untuk mencuba resepi ini..

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. nak tanya... pakai telur GRED apa ia... nak mencuba buat......

    ReplyDelete
  3. nk tanya, kalau pakai kukus je boleh tak?

    ReplyDelete
  4. Kalau msk kek guna microwave bleh tak, thp pns dia mcm mana

    ReplyDelete