Rempah direndam dalam air panas kemudian toskan rempah tersebut. Air rendaman turut disimpan.
Tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia dan rempah yang telah direndam. kacau seketika.
Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi.Nak kuah lebih boleh tambah air lagi.
Apabila sudah menggelegak, masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, dan lada sulah. Ubah mengikut selera anda
Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
0 Response to "Sup ayam"
Post a Comment