Bahan-bahan:
- 400ml susu segar/susu cair
- 5 sudu gula halus
- 3 biji telur
- 2 biji telur kuning
- 3 titik esen vanila
Cara-cara:
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula. Kacau sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan tapi jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais - iamnyssa.blogspot.com
0 Response to "Puding Caramel"
Post a Comment